TAJUK: PENGGAJIAN
En. Husin ialah seorang pengurus pemasaran di sebuah kilang di Bandar Baru Tasek. Gaji pokok yang diterimanya ialah RM6 300 sebulan. Maklumat berikut menunjukkan elaun-elaun yang diterimanya pada setiap bulan.
| Elaun perumahan: | RM700 |
| Elaun perjalanan: | RM300 |
| Elaun keraian | RM500 |
Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.
Maklumat Tambahan:
En. Husin membuat bayaran bulanan melalui potongan gaji bagi perkara-perkara di bawah:
- Pinjaman kenderaan sebanyak RM450
- Pinjaman perumahan sebanyak RM850
- Yuran Koperasi sebanyak RM70
- Potongan cukai berjadual RM250
- Bayaran zakat RM600
Anda dikehendaki menghitung:
- Gaji kasar
- Jumlah potongan
- Gaji bersih